Personaliti media sosial, Aya Amiruddin berkata teman lelaki adalah salah seorang yang memberi semangat dan menyokongnya sehingga ke hari ini.
Kelakar
Menerusi rakaman video bersama Hlive, Aya berkata sokongan yang diberikan oleh teman lelakinya sepanjang perkenalan mereka berjaya membuatkan dirinya sampai ke tahap ini.
Sebenarnya dia yang push siapa Aya Amiruddin yang sekarang. Dia tulang belakang saya dan dia antara punca saya jadi diri saya sekrang ini. Dia kata saya ada barang dan kelakar. Oleh sebab itu, dia suruh saya buat sesuatu. Masa saya nak naik, mesti kena ada ramai orang di belakang. Itu yang saya perlukan kalau nak buat sesuatu.
Disoal sama ada teman lelaki Aya akan menghasilkan konten ataupun tidak nanti, gadis kacukan Afika-Malaysia ini berkata Sleem sudah berjinak-jinak ke arah tersebut. Bahkan, ada segelintir video Aya turut terlihat wajahnya.
Sumber: Hlive