berita

Tempahan E-Hailing Bongkar Pembunuhan Kejam Pensyarah, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

August 4th, 2020 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Kes seorang suami bertindak membunuh isteri yang juga merupakan pensyarah sebelum ini telah menggemparkan Malaysia sejak beberapa hari ini.

Artikel Berkaitan: Berang Isteri Fail Cerai, Sukarelawan NGO Jerut Leher Hingga Mati

Bukan itu sahaja, menurut sumber terbaru, suspek dikatakan berlaku curang terhadap isterinya.

Kejadian bunuh terbongkar

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, selepas membunuh isterinya iaitu Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman, suspek berpura-pura tidak tahu tentang insiden berikut sebelum meninggalkan mangsa di dalam kereta. Suspek kemudian sempat membuat tempahan perkhidmatan e-hailing untuk pergi semula ke lokasi kejadian.

Menurut Wan Kamarul Azran, suspek kononnya mencari isterinya semata-mata untuk mengaburi mata pihak berkuasa supaya mereka tidak mengesyaki perbuatan kejamnya itu.

Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh. Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Motif pembunuhan dikenal pasti

Sementara itu, pihak polis turut mengambil keterangan anak tunggal pasangan itu untuk membantu siasatan selain menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan suspek.

Polis juga sudah mengenalpasti seorang wanita berasal dari Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan kait dengan suspek bagi membantu siasatan.

Difahamkan, kes pembunuhan kejam ini telah pun selesai dan motif pembunuhan juga sudah dikenal pasti tetapi pihak polis enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×