Setelah beberapa hari mendiamkan diri, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah tampil melakukan sidang media secara ‘live’ di Instagram hari ini. Menerusi sidang media tersebut, Ustaz Ebit dilihat menjawab semua soalan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sejak pulang dari Gaza, Palestine.
Artikel Berkaitan:‘Kita Jangan Marah Caprice, Kita Kena Doa Untuk Dia’ – Nabil Ahmad
Artikel Berkaitan: ‘Luka Hati Saya’- Ebit Lew Jawab Kenapa Block Caprice, Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew
Artikel Berkaitan: Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai
Terbaru, Caprice sekali lagi memuat naik satu posting permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak di Instagram.
Kepada semua yang saya pernah jumpa
Bismillah. Salam kepada semua orang yang saya pernah jumpa di JAIS, JAKIM, wakil rakyat, pelajar dan tempat yang saya berkongsi mengenai misi saya untuk ummah. Sebagai individu, Caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. Namun begitu, saya berharap korang semua tahu yang saya tidak akan sesekali menipu atau sebar fitnah apabila ianya melibatkan isu Kemajuan Islam dan umat Islam.
Caprice minta maaf dengan cara Caprice waktu itu terlalu emosi tetapi selama ini kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Perkara yang kita tahu, Insyallah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana.
Menurut Caprice, dia sentiasa berdoa untuk Ustaz Ebit Lew dan pasukannya walaupun misi mereka ke Gaza sangat berbeza. Tambah Caprice, sekiranya mereka tidak berjaya mewujudkan keamanan di antara satu sama lain, adakah mampu mereka melakukan hal yang sama di Palestine. Selama berada di Palestine, Caprice dipercayai merujuk beberapa ulama dan ustaz tentang perjalanannya di sana. Meskipun menerima pelbagai teguran daripada ramai pihak, pelantun suara ‘Kau Hade’ ini tetap meneruskan misi dan perjuangannya.
Perjuangan sehingga hujung nyawa
Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader sudah bagitahu awal-awal tempat perang ada risiko yang kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi, Caprice sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Hari ini kita sudah rasa benda itu.
Menerusi posting tersebut juga, Caprice dipercayai akan berjuang untuk mendapatkan hubungan diplomasi, keamanan dan belas kasihan terhadap masyarakat di Palestin dan seluruh dunia. Ujarnya lagi, dia akan sentiasa mempertahankan sesiapa sahaja tidak mengira bangsa dan agama. Di akhir posting, Caprice menganggap perjalanan ini merupakan hijrah dan ibadah buat dirinya sehingga di hujung nyawa.
Sumber: Caprice