berita

Temui Kesan Lebam Di Badan, Kanak-Kanak Meninggal Dunia Lepas Main Tumbuk-Tumbuk

June 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara bermain tumbuk-menumbuk dengan bapa saudara, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Azfar Qayyum Md Said, dipercayai meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Menerusi laporan Berita Harian, kanak-kanak yang berasal daripada Baling, Kedah itu, disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang semalam di Hospital Baling.

Ditemui dalam keadaan yang tidak bergerak

Menurut Pemangku Ketua Polis Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman, pihak polis mendapat maklumat mengenai kanak-kanak tersebut setelah dimaklumkan oleh pihak hospital.

Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam bilik rumahnya pada jam 1 tengah hari tadi. Keluarga mangsa kemudian membawanya ke Hospital Baling, namun pemeriksaan doktor mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira empat jam sebelum itu.

Mempunyai kesan lebam

Sekadar gambar hiasan

Hasil pemeriksaan awal di tubuh badan Azfar, pihak hospital menemui beberapa kesan lebam pada bahagian kepala dan badannya.

Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa ada bermain bersama dengan bapa saudaranya berusia 16 tahun yang juga pesakit sindrom down pada malam semalam. Mereka dikatakan bermain tumbuk-tumbuk, namun berhenti selepas ditegur ahli keluarga. Mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat kejadian itu.

Pihak polis telah menahan bapa saudara mangsa bagi membantu siasatan dan kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat kanak-kanak tersebut turut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah ((HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×