Sebelum ini pihak Seniman dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan video Zarina Anjoulie yang didakwa mengguris hati penggiat seni. Terbaru, pelakon Anak Pontianak ini dilihat berbalas kenyataan dengan Sharifah Sakinah menerusi Instagram.
Sakinah dan Zarina live bersama
Gentle la Sakinah dengan Anjoulie kupas isu terkini secara live ? pic.twitter.com/gAu0SxjTFq
— ROTIKAYA (@rotikaya) March 31, 2020
Dalam satu siaran live di Instagram, Zarina dan Sakinah dilihat berbincang mengenai isu bantuan untuk mereka yang memerlukan ketika saat genting sebegini. Terang Sakinah, tindakan si batu api dalam isu itu akan memanjangkan lagi keadaan.
Secara terang-terangan juga Sakinah meluahkan satu perkara yang tidak dipersetujuinya berkenaan Zarina yang mana ketika isu itu hangat dibincangkan, ketika itulah Zarina mengambil peluang untuk menaikkan follower Instagram. Perkara itu turut diakui Zarina yang mengakui dia sebagai peniaga memang menggunakan taktik tersebut.
Semuanya demi content
https://www.instagram.com/p/B-Ze-SEh1I7/
Dalam video live yang dimuat naik semula oleh teman lelaki Zarina, Sakinah menyelar tindakan Zarina yang didakwa mempergunakan kisah-kisah hangat artis untuk menaikkan interaksi Instagramnya.
Untuk orang yang batu api menggunakan content artis tu artis ni (bercerita kisah sebenar artis). Itu adalah content diorang. Contohnya (Zarina) Anjoulie adalah hero masyarakatlah sekarang. Macam kitorang pun tahu masalah dan rahsia artis tapi kitorang tak nak aibkan semua.
Tapi bila korang dah bagi attention macam tu, you tengok berapa review dia dapat. Review ni dah la tak sah dari segi KKM dan sebagainya.
So benda-benda dia nak jadi hero masyarakat ni sebenarnya adalah content dia. Sekarang ni dia adalah segalanya. Dia mengambil kesempatan untuk buat review yang kita tak tahu valid ke tak.
Sedut lemak lepas tu kata consume supplement lagi hina
Zarina membalas dakwaan Sakinah bahawa produk dipromosikannya tidak diluluskan KKM dengan membandingkan tindakan rakan-rakan Sakinah yang didakwa menyedut lemak namun mempromosikan ubat kurus. Tambah Zarina lagi, tindakan tersebut lebih hina.
Tunjuk perangai sebenar
Zarina kemudian mengatakan dia tidak mahu bergaduh kerana telah mengetahui perangai sebenar pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu.
Apa yang buat kau tak senang duduk ni?
Sumber: Sharifah Sakinah, Zarina Anjoulie