berita

Tengok Diri Dulu Sebelum Tegur Orang Lain – Zarina Zainuddin

August 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rumah Terbuka Wanita Hari Ini-63

Sejak wujudnya pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Keek, ramai selebriti tempatan telah menggunakan medium tersebut sebagai platform untuk mereka mendekatkan diri serta berkongsi segala aktiviti harian bersama peminat.

Nampaknya pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, 43, turut tidak ketinggalan dalam berkongsi segala hal peribadi dan kerjaya seninya menerusi laman sosial, serta menganggap ianya sebagai salah satu medium yang sesuai untuk dia selalu berinteraksi bersama peminat tersayang.

Instagram ibarat diari saya. Dari situlah saya kongsi segala aktiviti harian saya, sama ada ketika mengikuti sesi penggambaran mahupun ketika bersama keluarga.

Segala video ataupun gambar yang saya kongsikan di Instagram adalah sememangnya menunjukkan diri saya yang sebenar. Saya tak suka nak bersikap hipokrit dan bagi saya tak salah untuk kongsikan segala aktiviti harian dengan peminat sebab sharing is caring.

Rumah Terbuka Wanita Hari Ini-60

Zarina mengaku serang peminat di Instagram

Mengulas lebih lanjut mengenai respon negatif yang sering dilemparkan oleh peminat di laman sosial, sebagai seorang pelakon, Zarina turut tidak terkecuali daripada terkena tempias tersebut. Menurut dramatis ini, dia sendiri pernah ditegur oleh peminat dan mengaku pernah menyerang peminatnya di laman sosial berkenaan.

Alhamdulillah setakat ini tak ada komen negatif seperti segelintir artis lain, cuma baru-baru ini saya ada kongsikan foto sewaktu selesai menunaikan solat dan pada ketika itu saya berada di set penggambaran.

Maklumlah masa itu tengah sibuk nak kejar perkara wajib (solat) dan kerja, jadi tak sempatlah nak bersihkan mekap di muka dengan betul. Tiba-tiba ada seorang peminat itu tegur dan lemparkan kata-kata yang kurang elok kepada saya.

Lepas baca komen tersebut, saya pun pergi ke akaun Instagram dia dan saya lihat dia pun lebih kurang je dengan saya. Jadi, saya pun balas balik dan cakap dekat dia, kalau nak komen orang lain, tengok diri kita dulu macam mana. Kita manusia biasa, tak ada siapa yang sempurna.

Lepas daripada insiden itu, dia terus block saya dan saya pun buat perkara yang sama. Senang, tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Saya tak kisah kalau peminat nak tegur, tapi biarlah dengan bahasa dan cara yang baik.

Rumah Terbuka Wanita Hari Ini-61

Zarina sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI)

Dalam pada itu, sebagai seorang isteri dan ibu, Zarina turut akui sentiasa berhati-hati dalam memuat naik setiap foto serta video, agar ianya tidak menyinggung hati pihak lain.

Sudah 20 tahun saya hidup bermadu, jadi apa sahaja yang saya kongsikan di Instagram saya akan cuba untuk menjaga hati pihak lain.

Saya memang tak kongsi sangat foto-foto suami sebab kita pun nak jaga hati pihak yang satu lagi. Kalau boleh, tak nak ada mana-mana pihak yang salah faham.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan kerjaya seni, Zarina difahamkan bakal memulakan sesi penggambaran untuk drama terbarunya berjudul Janji Adam.

Untuk semua peminat Zarina Zainuddin, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto menarik dramatis tersebut sekitar majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI) yang diadakan pada Selasa lalu, bertempat di Restoran Binjai, PNB Darby Park, Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×