berita

Tengok Perlawanan Manchester United Di Stadium, Aeril Zafril Pakai Lagu Kahwin ‘Bahan’ Liverpool

August 23rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Umum mengetahui, pasukan gergasi bola sepak Manchester United berjaya mempamer kebangkitan mereka selepas melakar kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris dengan menundukkan musuh ketat, Liverpool 2-1, semalam.

Pelakon Aeril Zafril yang mendapat peluang melihat perlawanan itu secara langsung dari dalam stadium sempat merakam momen tersebut, kemudian dikongsi suntingan video yang menggunakan lagu majlis kahwin.

Artikel Berkaitan: Harga Stik ‘Salt Bae’ Tak Mahal, Aeril Zafrel Enggan Berkira Masa Bercuti

Artikel Berkaitan: Dapat Layanan Istimewa Dari Salt Bae, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Makan Stik Harga RM10,000

Liverpool kena ‘kenduri’

Menerusi perkongsian Aeril di akaun TikTok miliknya, aktor itu berkongsi gabungan klip-klip yang sempat dia rakam semasa berada di Old Traffod Stadium, Manchester, United Kingdom.

Dalam kapsyen perkongsian itu, Aeril menulis bahawa pengalaman melihat perlawanan bola dari dalam stadium merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.

‘Best’ juga ya dapat tengok bola dalam stadium.

Menerusi video, dapat dilihat Aeril dengan gembira membuat perjalanan menuju ke stadium Old Trafford, tersedia memakai baju kelab bola Liga Premier Inggeris berkenaan.

Yang menjadi tumpuan dalam perkongsian Aeril itu adalah pemilihan lagu latar belakang bagi video tersebut iaitu Selamat Pengantin Baru nyanyian Wann, seperti lagu-lagu di kenduri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pemilihan lagu Aeril yang menjadikan video tersebut seolah-olah video dirinya menghadiri sebuah kenduri.

Sumber: TikTok Aeril Zafril

SKIP THIS AD ×