berita

[VIDEO] Mak Cik Degil Minta Katering ‘Tapau’ Lauk Kenduri Sebelum Majlis Mula, Siap Bawa Bekas Sendiri

September 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

makcik tapau

Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang juga tetamu di sebuah majlis perkahwinan berkeras meminta pihak katering membungkus makanan untuk dibawa balik.

Artikel Berkaitan: Makcik Tudung Labuh Bawa Troli ‘Kantoi’ Curi Beg, Mengamuk Tengking Staf

Artikel Berkaitan: Hilang 3 Tahun Tiba-Tiba Nikah Lain, Isteri Pertama Mengamuk Serang Kenduri Kahwin Suami

Bawa bekas sendiri

makcik tapau

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang mendesak pekerja katering majlis tersebut untuk membungkus lauk-pauk malah dia turut membawa bekas makanannya sendiri.

Difahamkan majlis itu belum bermula dan kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi.

Mereka dah bayar, setakat satu bungkus dua bungkus takkan tak boleh tapau? Mak cik nak juga, mak cik nak dua tiga jenis lauk je.

Bagaimanapun, dua pekerja katering itu menegaskan bahawa mereka tidak boleh memenuhi kehendak tersebut selain perlu berbincang dengan pengurus terlebih dahulu.

Tak boleh mak cik, kalau akhir-akhir tu boleh la kami nak tolong bungkus. Pengurus kami dan tuan rumah tak ada cakap apa-apa, jadi kami tak boleh buat sesuka hati.

Mak cik duduk dekat sini lama, kami boleh nak bagi tapi masa akhir majlis nanti.

Komen netizen

makcik tapau

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata budaya ‘tapau’ makanan semasa kenduri sudah sebati di dalam masyarakat namun tindakan wanita tersebut disifatkan sebagai seorang yang tiada segan silu.

Tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah mendapat 2 juta tontonan dan lebih 70,000 tanda suka.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ?? #fyp? #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

? Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×