berita

‘Tepat Sebulan Mereka Ambil Awak Daripada Saya’ – Suami Lega Nynaa Harizal Dah Balik

December 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui, pelakon, Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas telah mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas kisah rumah tangga mereka menarik perhatian media bulan lalu.

Artikel Berkaitan: Selepas Bapa & Suami Hadir Ke Mahkamah, Nynaa Harizal Kongsi Foto Keluarga Beserta Hashtag ‘Mydadmyhero’

Artikel Berkaitan: Macam Puteri Gunung Ledang! Nynaa Harizal Letak Tujuh Syarat Pelik, Suami Akui Ada Isu Dengan Ibu Mentua

Artikel Berkaitan: Setuju Untuk Berdamai, Nynaa Harizal & Suami Dah Berbaik Semula

Artikel berkaitan: ‘Bersyukur Dapat Kembali Ke Pangkuan Suami, Hanya Ajal Boleh Memisahkan’ – Nynaa Harizal

Terbaru, Fahmi kelihatan sangat gembira apabila isteri tercinta sudah pulang ke rumah dan kembali kepangkuannya.

Ada orang buat kopi

Pagi tadi, Fahmi memuat naik satu Instagram Story yang menunjukkan Nynaa menyediakan kopi buatnya. Dalam video tersebut, Nynaa kelihatan tersenyum sambil membawa secawan gelas. Namun begitu, rata-rata netizen tidak sabar untuk menunggu kenyataan daripada pasangan tersebut berhubung punca Nynaa didakwa ‘dilarikan’ oleh keluarganya.

Tepat sebulan mereka ambil you

Namun apa yang menarik perhatian pengikut Fahmi di IG, perkongsian terbaru suami pelakon itu bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Fahmi memberitahu bahawa hari ini genap sebulan isterinya diambil oleh ‘mereka’. Walaupun tidak menyebut siapa yang dimaksudkan dengan ‘mereka’, peminat beranggapan ianya merujuk kepada keluarga mentuanya.

Fahmi bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana Nynaa kembali pulang ke pangkuannya.

Sumber: Fahmi Ilyas

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×