berita

Tepati Ramalan, ‘Sumpah’ Naim Daniel Juara Anugerah Juara Lagu 34

February 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu (AJL34) telah berlangsung dengan meriah menyaksikan 12 buah lagu bertanding dengan sengit. Acara ini telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dikendalikan pengacara Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni.

Lagu Sumpah nyanyian Naiem Daniel dan hasil ciptaan penyanyi ini sendiri bersama Omar K telah merangkul trofi AJL34 sekaligus membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM50,000. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang di AJL34. Tahniah buat semua finalis!

Juara AJL34

Anugerah Juara Lagu ke-34 bertemakan ‘Warna-Warna Suara’ pada malam ini menyaksikan lagu Sumpah dinyanyikan oleh Naim Daniel telah merangkul gelaran juara AJL34. Lagu ciptaan penyanyi ini sendiri bersama Omar K telah membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM50,000. Tahniah!

Naib Juara

Manakala lagu Bangun nyanyian Aman Ra dinobatkan sebagai Naib Juara AJL34. Lagu Bangun ciptaan Aman Ra dan Navigator turut memberi saingan sengit dalam berebut gelaran juara. Aman Ra membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga

Tempat ketiga tahun ini disandang oleh penyanyi Bob Yusof menerusi lagu Anta Permana. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong hanya memperolehi tempat ketiga dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM25,000. Terbaik!

Vokal terbaik

Persembahan lagu Kisah Cinta Kita nyanyian dari suara lunak Hafiz Suip sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu edisi 34. Persembahan ini sememangnya dinanti oleh ramai peminat untuk memperdengarkan kemerduan suara dan vokalnya. Hafiz kembali merampas gelaran vokal terbaik! Penyanyi ini membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan terbaik

Anugerah Persembahan Terbaik AJL34 bagi tahun ini pula dipegang oleh Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita. Memang terbaiklah persembahan Hafiz ini. Sweet habis!

Tahun ini menyaksikan Anugerah Juara Lagu 34 melabuhkan tirai dengan sangat meriah dari persembahan barisan artis dan sokongan peminat. Tahniah diucapkan buat semua pemenang dan finalis AJL34 tahun ini!

SKIP THIS AD ×