Sebelum ini heboh diperkatakan tentang hubungan istimewa yang terjalin antara pengacara popular Hawa Rizwana dan pelawak Zizan Razak.
Namun begitu, Hawa menganggap gosip merupakan perkara biasa apabila berada di dalam dunia hiburan.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana, Zizan Razak Harap Semua Bertenang
Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Baju Yang Saya Gayakan Itu Labuh’ – Hawa Rizwana Minta Maaf Pakai Seluar Ketat
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Pakai Seluar Ketat Lagi, Netizen Mengucap Panjang – ‘Jangan Tenggelam Dengan Arus Populariti’
‘Tidak lebih dari kawan’
Menerusi laporan Kosmo, Hawa, 27, memaklumkan hubungan rapat dengan Zizan tidaklah seperti yang diperkatakan umum. Gandingan dalam sebuah drama yang memainkan watak sebagai isteri kepada Zizan membuatkan keserasian itu lebih menonjol.
Tambah Hawa, dia telah mengenali Zizan sejak penglibatannya dalam dunia penyiaran sekitar 2016.
Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia (Zizan) sebelum ini.
Kami tiada apa-apa hubungan pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni.
Menurut Hawa, Zizan banyak mengusiknya serta berkongsi gambar ketika penggambaran di media sosial. Hal itu mungkin menjadi salah satu punca tercetusnya salah faham dalam kalangan netizen.
Sumber: Kosmo