Semakin hari drama Takdir Yang Tertulis makin mendapat sambutan penonton. Mana taknya, setiap hari pasti ada babak yang menyakitkan hati sehinggakan membuatkan ramai yang emosi.
Artikel Berkaitan : Rampas Semua Hak Juweta, Netizen ‘Benci’ Watak Ruhila & Azlan Dalam Drama ‘Takdir Yang Tertulis’
Artikel Berkaitan : ‘Kenapa Nak Maki Hamun Pelakon Pulak’ – Nazim Othman Tegur Penonton Jangan Terlebih ‘Emo’
Terbaru, di episod 12 drama tersebut sekali lagi membuatkan penonton emosi apabila anaknya, Mika hilang. Rata-rata netizen mengkritik watak Ruhila yang dilakonkan Elvina disifatkan sebagai ibu tak tahu jaga anak.
Emosi dan menyentuh hati
View this post on Instagram
Dalam episod 12 memaparkan Mika yang lari dari rumah selepas dihalau ibunya, Che Salmah lakonan Didie Alias. Rata-rata geram dengan watak Ruhila yang selalu tidak ada di rumah menyebabkan Mika sering keseorangan. Che Salmah menuduh Juweta yang mengambil Mika menyebabkan Ruhila dan Azlan menyerang rumah Juweta.
Selepas beberapa jam pencarian, Juweta menerima panggilan daripada bekas pembantu rumahnya Cik La yang memaklumkan bahawa Mika bersamanya yang ditemui di tong sampah sedang mencari makanan.
Nasib ada Cik La
Apa yang paling menyedihkan ketika di rumah Cik La, Juweta memberi peluang kepada Ruhila untuk mengejutkan Mika yang sedang tidur. Babak itu berjaya menyentuh hati penonton yang memuji tindakan Juweta yang sanggup mengorbankan perasaannya. Tidak terhenti disitu, Ruhila juga membenarkan Mika untuk bermalam di rumah Juweta sehingga membuatkan penonton mula menyokong Ruhila kerana melihat keikhlasan hatinya.
Ramai gembira
Rata-rata netizen memuji Ruhila kerana sifat mulia yang mula ditonjolkan. Dalam pada itu, penonton mula gembira melihat hubunga Juweta dan Ruhila yang dilihat makin baik selepas Juweta mengetahui kisah silam Ruhila. Respon penonton turut mendapat perhatian pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin yang pening apabila mereka memihak kepada Ruhila. Untuk tontonan penuh korang boleh tengok disini.
Ramai sebak
Sumber : Elvina