berita

‘Terdapat Beberapa Kesalahan Bacaan Al-Quran’ – Drama Nur 2 Ditegur Netizen, Ini Respon Pengarah

April 3rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak dapat dinafikan lagi drama Nur 2 arahan Shahrulezad kembali mendapat perhatian rakyat Malaysia dan trending di Twitter selepas episod pertama mula ditayangkan semalam. Pasti ramai menanti akan konflik yang bakal dihadapi keluarga Ustaz Adam ini.

Disebalik sambutan positif ini, ada pihak menegur drama Nur 2 episod pertama mengenai ayat bacaan Al-Quran yang dibaca Raja Atiq terdapat beberapa kesalahan besar. Bagaimanapun, Shahrulezad tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf akan khilaf tersebut.

Menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran

Pengguna Twitter, Afifi Hassan tampil menegur pengarah drama Nur 2 akan kesilapan pada bacaan Al-Quran menerusi surah Ali Imran ayat 96-99. Bacaan ayat suci Al-Quran ini dibaca oleh Raja Atiq sebagai pembukaan untuk drama ini di episod yang pertama.

Moga lebih peka di masa akan datang

Rakam semula bacaan ayat Al-Quran itu

Sementara itu, Shahrulezad tampil memohon maaf akan kesilapan pada bacaan ayat Al-Quran itu dan telah mengarahkan pihak produksi untuk merakam semula bacaan Al-Quran tersebut. Penyuntingan terbaharu itu akan dimuatnaik dan ditayang semula di tonton.com dan iflix. Dia turut mengambil teguran dari penonton sebagai pengajaran dan menganggap kesilapan ini adalah dari kecuaian dirinya sendiri.

Anyway abam dah arah pun pihak produksi untuk merakam semula baca ayat Alquran itu dengan betul dan gantikan semula utk tayangan di tonton.com dan iflix. Yang khilaf dari abam. Sekali lagi abam dengan rendah memohon ampun dan maaf di atas kecuaian ini.

Tidak sengaja saya terbaca sebegitu

Kita rakam balik dan tampal

Terbaik reaksi abang!

Sumber: Budak Ijat

SKIP THIS AD ×