berita

‘Terdesak Kejar Dunia, Manusia Lupa Semua & Akan Dilaknat’ – Isteri, Anak Luah Sokong Azmin

June 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Media sosial tempatan dikejutkan dengan viralnya video seks sejenis dua lelaki, salah seorang pelakunya mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Terbaru, seorang individu yang dikaitkan dengan video itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil bersumpah mengakui dia bersama Azmin dalam video berkenaan.

Isteri Azmin, Shamshida Taharin dan anak-anak mereka turut membuat luahan terbuka mengenai isu panas melanda bekas Menteri Besar Selangor itu.

Fitnah lebih teruk dari membunuh

Shamshida memuatnaik tweet ayat Quran surah Al-Baqarah ayat 191 berbunyi ‘Fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh’.

Tambahnya lagi, ada segelintir mereka yang terlalu mengejar dunia sehingga sanggup melupakan perintah Allah sekaligus dilaknat.

Mereka yang beriman semestinya akan patuh kepada Allah, kerana terdesak mengejar dunia, manusia melupakan segalanya dan akan dilaknat-Nya.

Amalkan tawakkal, taqwa dan sabar untuk mendapat panduan, pelindungan kurnia-Nya.

Anak turut nyatakan sokongan

Anak sulung Azmin, Ameer pula memuatnaik foto mereka dua beranak ketika dipercayai menunaikan umrah bersama-sama. ‘Sentiasa bersamamu kerana apabila bersama kita lebih kuat’, menurut Ameer yang menyertakan kapsyen untuk foto berkenaan.

Lebih kuat dari sebelumnya

Dalam masa sama, seorang lagi anak Azmin, Farah menyatakan mereka telah melalui perkara sebegini sebelum ini dan akan menempuhinya sekali lagi. Ujarnya lagi, ujian melanda dan ditangani bersama akan membuatkan mereka lebih kuat menyokong satu sama lain.

Sumber: Twitter 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×