berita

Terdesak Nak Bayar Hutang Ah Long, Lelaki Cuba Pecah Mesin ATM

October 27th, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 25 tahun bertindak menebuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah premis di Wangsa Melawati pada Isnin lalu dipercayai untuk melangsaikan hutang ah long.

Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditembak 8 Kali Di Kepala Oleh Ah Long Sebab Tak Bayar Hutang 

Artikel Berkaitan: Wanita Buat Laporan Polis ‘Ah Long’ Datang Baling Ikan Pekasam Nak Minta Hutang 

Terdesak ingin membayar hutang ah long

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketus Polis Daerah Wangsa Maju, tindakan lelaki itu untuk menebuk lubang mesin ATM menggunakan tong bahan api bagaimanapun gagal. Pihak polis menerima laporan sekitar 12:55 tengah hari pada Isnin lalu dan mendapati kesan terbakar akibat daripada cubaan suspek untuk menebuk lubang mesin ATM.

Menerusi pemeriksaan televisyen litar bertutup (CCTV), jelas kelihatan kelibat suspek masuk dan bertindak membakar mesin ATM menggunakan tong bahan api, namun gagal.

Walau bagaimanpun, siasatan menunjukkan suspek menggunakan jalan mudah untuk melangsaikan hutangnya dengan ah long.

Susulan daripada itu, suspek berjaya ditangkap oleh Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat (IPD) Daerah Wangsa Maju bersama Polis Kuala Lumpur. Barang suspek seperti pakaian semasa kejadian dan kenderaan yang diguna suspek telah dirampas oleh pihak polis.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×