berita

Terdetik Untuk Berkahwin Tapi Fadzil Zahari Belum Sedia Masuk Meminang Yana Samsudin?

August 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

yanafadzil

Hailaa, pasangan nan satu ni. Rasanya kalau mereka ni berkahwin, tak ada siapa nak bantah kot. Betul tak? Iyalah, mana-mana pergi bersama, sweet je tengok.

Sebelum ini pun, dah banyak desas-desus mengatakan adik kepada Farid Kamil ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Tetapi hingga ke hari ini masih belum ada tanda-tanda pasangan ini akan mendirikan rumahtangga.

Hmm, bila dapat tangkap Yana dan Fadzil di majlis SUPER ‘Secret To A Smile’ semalam, kami pun pantas je tanya bila dia nak menamatkan zaman bujang.

Screen Shot 2014-08-08 at 11.14.19 AM

Kata Fadzil, hatinya kini sudah terdetik untuk berkahwin, cuma kini dia mahu menumpukan kepada syarikatnya iaitu Prokuya Studio Sdn Bhd.

Hati saya sudah terdetik (nak kahwin) tapi memandangkan saya pun baru saja membuka perniagaan dan syarikat saya, jadi saya nak pastikan syarikat saya ini stabil dahulu. Selepas itu barulah saya fikirkan tentang soal kahwin.

Kalau ada rezeki, ada jodoh…InsyaAllah. Tapi setakat ini belum ada apa-apa perancangan lagi.

Haa itulah jawapan Fadzil. Kami yakin peminat pun mesti nak tahu bila mereka ni nak berkahwinkan? Nampaknya masing-masing memilih untuk mengunci mulut.

yana

Eh, kalau korang perasan, Yana ada membuat sambutan hari lahir untuk fadzil dirumahnya beberapa hari lepas. Perasan tak?

Bila kami usik Yana, dia berkata kejutan itu berlaku secara kebetulan kerana ketika itu Fadzil datang ke rumah terbukanya di kampung.

Rumah terbuka saya adakan pada Syawal ke-4 lalu, dia ada datang. Dia datang malam sebelum open house. Kebetulan selang sehari tu adalah hari jadi dia. Jadi atas bantuan fan club saya, kami belikan dia kek. Itu saja. Tak ada hadiah pun.

Alahai, sweet je tengok mereka ni. Bila diaju soalan dua-dua macam malu-malu, tak adalah nak show off sana sini macam orang lain. Apapun, kami tunggu khabar gembira dari Yana dan Fadzil ya. Hehehe.

Kredit Foto : Instagram Yana & Fadzil

SKIP THIS AD ×