Di New Delhi, India seorang isteri dikurung oleh suaminya sendiri di dalam sebuah tandas selama lebih dari setahun. Suami mangsa sanggup kurung dirinya di dalam tandas yang sempit dan kotor.
Dikurung suami
Menurut laporan Tribun News, penderitaan wanita yang berusia 35 tahun itu berakhir apabila pihak polis tempatan dan jiran berdekatan menyelamatkannya pada 12 Oktober lalu. Jiran mangsa mengetahui perkara itu dan mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.
Wanita itu dipercayai dikurung suaminya selama lebih kurang 18 bulan di dalam tandas tersebut dan pintu tandas akan sentiasa berkunci. Siasatan tersebut membawa kepada penahanan suami mangsa pada hari Jumaat lalu.
Tidak terurus, hanya terbaring
Jiran tidak sanggup melihat mangsa diseksa sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa. Ketika diselamatkan pihak berkuasa, wanita itu dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring.
Difahamkan, sepanjang dikurung di dalam tandas yang kotor dan berbau, mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari. Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian.
Sumber: Tribun News