berita

‘Elok Penjara Seumur Hidup Je Orang Tua Macam Ni’

September 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Harapkan pegar, pegar makan padi apabila warga emas ini tergamak merogol bayi berusia 11 bulan. Kejadian tidak berhati perut ini dipercayai berlaku di rumah sewaktu menantu meminta warga emas ini menjaga anak asuhan buat seketika.

Kejadian telah berlaku pada 20 Ogos lalu dan hari ini menyaksikan warga emas tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah.

Memasukkan jari ke dalam kemaluan

Warga emas berusia 68 tahun ini didapati bersalah atas tindakan tidak berhati perut itu dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul seorang bayi berusia 11 bulan dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak asuhan menantunya.

Insiden ini berlaku apabila menantunya meminta tertuduh untuk menjaga anak asuhan dirumah buat seketika sementara itu dia keluar menguruskan cukai kenderaan. Apabila menantunya itu pulang, dia terdengar tangisan bayi perempuan itu dalam buaian. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila dia dilihat ada darah berketul melekat di seluar bayi itu.

Kesan luka 2 cm

Mangsa juga dalam keadaan meneran dan menangis tidak henti. Disebabkan itu pengasuh ini segera menghubungi ibu bapa bayi itu dan memaklumkan mangsa berak berdarah tanpa mengetahui hal sebenar.

Sebaik saja mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan, Pakar Obstetrik dan Ginekologi berkata berdasarkan pemeriksaan terdapat kesan melecet dan kemerahan di bahagian dalam kemaluan. Malah, terdapat kesan luka kira-kira dua cm dan menghampiri dubur.

Bagaimanapun, doktor juga menyatakan kecederaan tersebut disebabkan objek tumpul besar yang dimasukkan ke dalam lubang faraj. Jari atau zakar adalah antara objek tumpul yang dijangka. Didapati juga terdapat kesan koyakan kekal pada selaput dara kanak-kanak itu.

Sumber: Berita Harian

 

SKIP THIS AD ×