berita

Terima 26 Penyertaan Filem Tempatan, Joanne Goh Mahu Promosi Filem Malaysia Di Luar Negara

March 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Malaysia International Filem Festival (MIFFest) yang bertemakan EVOLVE akan bermula pada 23 Julai hingga 29 Julai 2023. Pemenang hadiah utama pertandingan tersebut akan menerima Geran Pengeluaran RM80,000, serta 11 hadiah lain.

Artikel Berkaitan: Bront Palarae Dilantik Sebagai Duta MIFFest Empat Kali Berturut

26 penyertaan dari Malaysia

Menurut pengasas MIFFest, Joenne Goh berkata kerjasama festival ini bersama beberapa syarikat terkemuka merupakan satu usaha sama untuk mengembangkan industri seni. Ujar Joanne lagi, MIFFest pada tahun ini menerima sebanyak hampir 300 penyertaan daripada 56 buah negara.

Filem Malaysia ada lebih kurang 26 antara 300 bagi 56 negara. Jadi sangat berbangga sebab sekarang ramai yang mengenali MIFFest. Saya punya misi melancong merata tempat adalah sebab saya nak promosi kesenian dan kebudayaan Malaysia ke seluruh dunia.

Difahamkan, penyertaan filem Malaysia pada tahun ini bertambah berbanding tahun lepas yang hanya menghantar 15 penyertaan sahaja untuk MIFFest.

Saya mewakili Malaysia untuk menghantar filem Malaysia ke luar negara. Saya nak tolong filem tempatan.

Saya telah hantar 15 filem ke Udine Far East Film Festival tapi tak tahu filem apa yang terpilih sebab keputusan akan keluar pada bulan hadapan.

MIFFest pada tahun ini masih mengekalkan pelakon terkenal Malaysia, Bront Palarae sebagai duta kali keempat.

SKIP THIS AD ×