berita

Terima Foto ‘Siput Sedut’ Daripada Lelaki Miang Di IG, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis

February 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Fatin Afeefa memuat naik satu foto OOTD hitam putih beserta kapsyen yang dipercayai sedikit ‘nakal’ iaitu ‘behave? hahah make me’. Susulan daripada posting itu, Fatin Afeefa telah menerima pelbagai komen dan direct message (dm) daripada netizen.

Lebih menakutkan, dia telah menerima gambar tidak senonoh daripada individu yang tidak dikenalinya.

Artikel berkaitan: Dituduh Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita, Adam Shahz Nekad Nak Saman Fatin Afeefa

Artikel berkaitan: Fatin Afeefa ‘Tergamam’ Anak Dakwa Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Wanita Lain?

Gambar siput sedut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa)

Isu golongan artis menerima kiriman mesej berbaur lucah dan foto yang tidak senonoh boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan terutama apabila ada golongan ‘pervert’ ini tidak memikirkan kesan terlebih dahulu sebelum menghantar kiriman mahupun foto sebegitu kepada artis kegemaran mereka.

Terbaru, Fatin Afeefa memberitahu bahawa dia sudah melakukan laporan polis terhadap seorang individu yang menghantar gambar ‘siput sedut’ kepadanya menerusi dm.

Jelas Fatin, lelaki tersebut telah melakukan serangan seksual terhadapnya kerana menghantar gambar sebegitu. Ujarnya lagi, kaum wanita di luar sana perlu berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya menerima foto mahupun mesej yang melampaui batas dan berunsur negatif.

Sumber: Fatin Afeefa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×