berita

Terima ‘Hadiah’ Telefon Pintar RM4K, Tindakan Menteri Pengangkutan Ini Buat Netizen Respect!

August 21st, 2018 | by faris
Kini Trending

Seperti sedia maklum, kerajaan telah bertukar sejak Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu. Perubahan demi perubahan dibuat untuk kebaikan rakyat sekaligus melahirkan Malaysia Baru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan pendiriannya mengenai polisi tiada pemberian untuk penjawat awam apabila menolak hadiah yang diberikan penganjur untuknya.

Ingatkan penganjur tak berikan hadiah

Dalam video pendek dimuatnaik portal berita Malaysia Kini, Anthony menolak hadiah yang diberikan kepadanya pada satu majlis pelancaran e-hailing terbaru, sebentar tadi. Anthony meminta maaf kerana tidak dapat menerima pemberian itu kerana melangkaui harga yang dibenarkan.

Maafkan saya, tapi saya tak boleh terima kerana saya yakin harganya lebih dari RM500.

Telefon pintar jenama terkemuka dari China itu dianggarkan berjumlah lebih RM4000.

Dalam temubual dengan media selepas majlis, Anthony berkata dia cuba membuat seperti apa yang dijanjikan dan menegaskan tidak memerlukan hadiah penghargaan sedemikian.

Saya nak ingatkan penganjur untuk tidak berikan hadiah kepada saya. Saya tak perlukan hadiah. Hanya jemput dan saya akan hadir untuk rasmikan majlis.

Pada 8 Jun lalu, Perdana Menteru Tun Mahathir mengumumkan polisi tidak menerima hadiah bagi menteri dan setiausaha politik, sebelum ini peraturan berkenaan hanya melibatkan penjawat awam.

 

 

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×