berita

Terima Hakikat Kekalahan Di #PRU13 – Herman Tino

May 7th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Herman TinoUntuk menerima kekalahan selepas bertanding didalam pilihanraya bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi selepas mempertaruhkan wang sebanyak RM10,000 untuk mencalonkan diri sebagai wakil BEBAS.

Namun tidak pada Herman Tino, penyanyi ini yang kalah kepada pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar bukan sahaja menerima kekalahan dengan hati yang terbuka, malah ingin mengadakan kenduri bagi meraikan kekalahannya bersama pengundi yang telah mengundinya.

Menerusi laporan mStar Online, penyanyi berusia 59 tahun ini berhasrat untuk menjemput kesemua 340 orang pengundi ke majlis meraikan kekalahannya.

“Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.

“Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan.”

Melalui laporan yang sama juga, Herman memberitahu kini dia lebih mengenali siapakah dirinya yang sebenar.

“Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya.”

SKIP THIS AD ×