Berita penceraian yang membabitkan pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina masih hangat diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Belajarlah Mendoakan Orang Lain, Perkara Baik Akan Datang Kepada Kita’ – Mizz Nina
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Penyebab Mizz Nina Percaya Dengan Perkahwinan
Jadikan aku lebih baik
Menerusi Instagram Stories, Mizz Nina, 42, berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang dikirimkan kepada dirinya, bekas suami dan anak lelaki, Musa.
Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya.
Pemilik nama Shazrina Azman juga berkongsi sepotong doa yang memohon agar dirinya menjadi insan yang lebih baik.
Ya Tuhan, jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka fikir tentangku. Maafkan aku untuk apa yang mereka tidak tahu mengenai diri ini.
Dan jangan hukum aku terhadap apa yang mereka katakan kepada diri ini.
Ujian
View this post on Instagram
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, aktivis kemanusiaan itu berkongsi petikan surah al Sharh ayat kelima yang menyebut tentang ujian.
Maka bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan.
Difahamkan, Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos.
Pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah.
Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Sumber: Instagram @officialmizznina