Penyanyi terkenal iaitu Datuk Jamaludin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash terbabit dalam kemalangan jalan raya di Seremban, Negeri Sembilan. Kereta jenis Toyota Harrier yang dipandunya dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.
Terlanggar lopak air
Difahamkan, Datuk Nash ketika itu bersama dengan seorang lagi pemandu yang berusia 33 tahun juga terkesan dari kemalangan tersebut. Akibat kemalangan, Datuk Nash mengalami luka pada muka dan sakit dada, manakala pemandunya pula cedera ringan. Kemalangan tersebut dipercayai disebabkan oleh terlanggar lopak air di atas jalan sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan sebelum terlanggar penghalang.
Saya kena jahit di bibir, siku
View this post on Instagram
Susulan itu, pelakon Dato Fizz Fairuz memuat naik video kiriman dari Datuk Nash yang berkongsikan keadaan semasa. Penyanyi itu terima beberapa jahitan di bahagian bibir dan sikunya akibat dari kemalangan berkenaan.
Terima kasih atas doa. Saya kena jahit atas bawah bibir, siku. Apapun tak ada berapa teruk sangat. Cuma sakit badan sikitlah. Terima kasih atas doa semua.
Sumber: Fizz Fairuz