Tak ada angin tak ada ribut, penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander dikhabarkan tidak lagi berkhidmat bersama stesen radio berkenaan selepas membuat penampilan terakhirnya pada petang Jumaat.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain menerusi segmennya bersama Sharifah Shahirah kepada para pendengar setia stesen radio tersebut.
Artikel Berkaitan: DJ Lin Tak Sangka ‘Follower’ Makin Bertambah Walau Tak Menang ABPBH35
‘Penganiayaan’
“KAK LIN, TERIMA KASIH ATAS PENGANIYAAN INI. THANK YOU SO MUCH” wehhh minat gila kat Tyzo, semalam die last kat @suriafm ?? pic.twitter.com/E9AKDeps7Q
— S N A (@jieha_91) January 13, 2024
Terbaharu, tular satu video memaparkan Tyzo yang memberikan ucapan perpisahan kepada pekerja serta penyampai radio Suria FM yang lain.
Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah kata-kata yang keluar daripada mulut Tyzo dipercayai ditujukan kepada penyampai radio yang juga merupakan Pengurus Program Suria FM iaitu DJ Lin.
Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini, thank you so much.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian bahawa Tyzo yang merupakan pemenang Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu dianiaya selepas hampir enam tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
Komen netizen
Video
@cintaallisaSiapa aniaya TyzoXander sampai berhenti kerja??? “Penganiayaan”?? Hmm Suria fm kenapa????? bunyi asal – Cinta Allisa
Sumber: Aplikasi X, TikTok