Jaguh sukan badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan dalam arena badminton. Jatuhnya air mata seorang wira negara apabila berita itu diumumkan setelah 19 tahun berjuang mengharumkan nama negara di persada negara.
Menerusi Harian Metro, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga sokongan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ayuh sang juara
Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.
Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi….(terus menangis dalam tempoh seminit).
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman cuba menenangkan beliau sambil beberapa wartawan menjerit sahutan ‘ayuh sang juara’.
Terima kasih rakyat Malaysia
Beliau tidak dapat menyambung ucapannya selepas itu dan hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus menykong beliau sebelum sidang media bersambung dengan sesi soal jawab.
Bekas pemain nombor satu dunia itu meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.
Sumber: Harian Metro