berita

David Teo Hina P. Ramlee, Ini Respon Balas Dari Artis…Sentap!

July 11th, 2016 | by Ai
Kini Trending

david1.1

Baru-baru ini viral di laman sosial tentang kenyataan penerbit filem David Teo yang dikatakan ‘menghina’ seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai seniman miskin. Ramai yang membalas kenyataan dengan kritikan dan merasakan David Teo tak patut melabel lagenda filem negara itu dengan cara sebegitu.

Kali ini, kami share dengan korang komentar Musly Ramlee, antara selebriti yang seiras dan sering membawakan watak Tan Sri P. Ramlee. Pandangannya mengenai kenyataan David Teo sedikit berbeza. Jom baca!

Buka ‘mata’ banyak pihak

david2

Bismillah….

Assalamualaikum para muslimin dan muslimat, semogallah swt merahmati kita semua…hari ini masuk hari raya yg ke 5…dlm sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas..apapun sy mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan bathin pada semua rakan2 FB yg mengenali..yg masih lagi dlm mood raya.

Hari ini isu Dato David Teo membuat kenyataan ‘menghina’ seniman Agong Tan Sri P Ramlee hangat diperkatakan disana sini’ apa yg dpt sy katakan adalah syabas kepada beliau (David Teoh) kerna telah membuka mata bnyk pihak terutamanya para peminat2 P Ramlee, masing2 mengutarakan pendapat kebanyakannya penuh dgn sindiran kemarahan serta maki hamun.Pada sy apabila ramai yg menanyakan soal ini sy senang mengambil sudut positif dlm memberi komen kerana sy mengetahui…

Kekayaan adalah target utama

david4

1. Beliau wujud adalah sebagai ahli perniagaan, pada beliau kekayaan adalah target utama, pada setiap nilai yg dikeluarkan dari satu kocek perlukan pulangan penuh utk dua tiga kocek lagi, mana mungkin beliau mau miskin.Tidak spt P Ramlee yang lahir dari bakat anugerah Allah, meminati bidangnya tanpa ada niat selain dari melontarkan idea2 yg jujur yg tidak mengarah kepada kekayan diri malah dlm hidup beliau juga dilihat suka menderma.

Tak mahu memartabatkan industri

david10

2. David Teoh tidak mempunyai rasa utk memartabatkan industri yg dia sendiri ceburi, tidak langsung berkeinginan utk melihat serta mengangkat permasalahan masyarakat yg ada disekeliling beliau, apa yang beliau tau adalah filem mesti ditayangkan sebanyak mana panggung yg ada, manakala kerja2 P Ramlee mempunyai matlamat yg jauh, filem2 beliau mempunyai tunjang dan kekuatan yg membina masyarakat pelbagai

Tak fikir soal keberkatan

david7

3. Beliau tidak memikirkan soal keberkatan, maka apa yg dilakukannya asal mudah dan tidak ada tegahan dlm agama dan beliau tidak ada falsafah diri dlm kerja2 filem. Tidak spt P Ramlee yg berfalsafah antaranya “Seni untuk Masyarakat” dan “kerja seni adalah kerja tuhan maka lakukan lah dgn bersungguh2”. David Teoh tidak tau ttg ini semua.

David tak mula dari bawah

david8

4. David teoh tidak melalui fasa bekerja dlm seni dari bwh sbb itu beliau tidak ada kekuatan atau kesanggupan utk jatuh miskin tidak spt P Ramlee yang gajinya sendiri pernah mencecah sebanyak rm30k utk beberapa buah filem KETIKA ITU namun beliau lebih mengambil pendekatan mengangkat mutu filemnya dari kekayaannya sendiri.(gaji beliau akan dipotong sekiranya gagal mengikut tempoh)

Jangan sampai Melayu mengkhianati Melayu

david5

Isu in sy amat2 berterima kasih kepada David Teo kerana membuka mata kami utk memperjuangkan nasib anak2 seni yg jujur dlm kerja2 seninya, oleh itu sy beranggapan pihak2 berwajib yang berkaitan..yg bertindak memberi peluang, yg dimiliki oleh bangsa MELAYU…yang dikuasai oleh bangsa MELAYU lah yg harus malu dgn kenyataan yg menghina insan hebat berbangsa MELAYU dan membabitkan serta memalukan anak seni berbangsa MELAYU ini…selepas ini saya ingin melihat kejayaan yg bawa pula oleh UNIVERSITI P RAMLEE yg dibangga banggakan…itu hak MELAYU..jangan sampai melayu pula mengkhianati melayu..

sekian terima kasih

Nampaknya pendapat selebriti Musly Ramlee ini sangat releven pada pandangan kami. Bukan nak fikir negatif, bahkan marah memang ada bila orang menghina seniman agung yang menjadi lagenda zaman berzaman. Tapi dari sudut positifnya, anak seni pada hari ini perlu lebih cekal dan cenderung dalam berkarya. Barulah karya yang terhasil diangkat dan dibanggakan generasi seterusnya.

Sumber: FB Musly Ramlee

SKIP THIS AD ×