berita

‘Terima Kasih Malaysia, TMJ & Semua Pasukan Negeri’ – Presiden FAM

December 16th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Malam tadi telah menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki edisi 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi. Meskipun gagal menjulang trofi kejuaraan, semangat dan sokongan daripada rakyat Malaysia cukup bermakna buat pasukan negara.

Menerusi Facebook, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan jutaan terima kasih dia atas sokongan yang diberikan.

Terima kasih Malaysia

TERIMA KASIH MALAYSIA

Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya selaku presiden ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong pasukan Malaysia dan juga Ultras Malaya yang telah sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.

Tidak dilupakan juga, seluruh rakyat Malaysia di tanah air yang turut mendoakan kejayaan pasukan kita pada aksi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 menentang Vietnam ini dan setia menyokong pasukan sejak dari aksi pertama peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 8 November lalu biarpun Malaysia akhirnya gagal menjulang trofi kejuaraan Piala Suzuki AFF 2018 apabila menamatkan kempen selaku naib juara.

Kegagalan Malaysia pada malam ini bagaimanapun tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu terus memandang ke hadapan bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan kita menghadapi pula Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan.

Terima kasih TMJ dan semua pasukan negeri

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Malaysian Football League (MFL) yang mana baginda telah banyak memberikan sokongan buat pasukan kebangsaan.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pasukan negeri/kelab yang telah memberikan sumbangan dari segi pemain mereka untuk membarisi skuad 23 pemain kita ke saingan Piala Suzuki AFF 2018 ini.

Tidak dilupakan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM dan kakitangan FAM yang telah memberikan sokongan pada serta kerja keras sepanjang kempen edisi kali ini dan juga terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir ke Hanoi untuk bersama-sama menyokong skuad Harimau Malaya.

Tanpa kerjasama dan sumbangan semua, sudah tentu kita tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Anda semua adalah Ekor Harimau Sejati!

Terima kasih

Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18

Sumber : FAMalaysiaOfficial

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×