Kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya mengharungi liku-liku ujian hidup.
Artikel Berkaitan: Engku Emran Kecewa Pelbagai Fitnah Timbul, Penceraian Kali Ketiga Sangat Uji Kesabaran – ‘Saya Bukan Nabi’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Hormati Privasi Ayah Kepada Engku Aleesya’ – Erra Fazira
Orang sekeliling yang prihatin
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Nabila berkata dia bersyukur dikelilingi ramai insan baik yang sentiasa mendoakan dan menjadi sumber kekuatan serta tulang belakangnya.
Special shout kepada sistem sokongan saya yang sangat luar biasa. Terima kasih kerana selama ini telah membantu saya, penghibur saya, menjadi orang kepercayaan saya dan sumber kekuatan saya. Sangat bersyukur dan memberkati semua ini.
Terima kasih semua yang menghubungi saya dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Doa dan kata-kata baik anda sangat bermakna bagi saya. Saya amat bersyukur.
Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran pada entri sama, Nabila turut memuat naik beberapa foto individu yang dimaksudkannya iaitu keluarga serta rakan baiknya.
Pada 26 September lalu, Nabila mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Engku Emran. Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Imbas kembali, Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Manakala Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Instagram