berita

‘Terima Kasih Ya Allah’ – Ashraf Muslim Teruja Dapat Bertemu Imam Masjidil Haram

September 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap orang yang beragama Islam pasti mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dapat berada di sana sahaja semestinya sudah cukup bahagia dan menenangkan hati, apatah lagi jika dapat bertemu dengan insan terhormat dan disanjungi majoriti umat Islam.

Mungkin ini satu rezeki tidak terduga buat aktor Ashraf Muslim apabila dia diberikan hadiah cukup istimewa dapat bersua muka dengan imam Masjidil Haram, Sheikh Mahir al-Maquely semalam.

Hadiah 1 Muharam

https://www.instagram.com/p/B131f-Ujha-/?utm_source=ig_web_copy_link

Teruja dengan pertemuan penuh bermakna itu, Ashraf sempat merakam beberapa video pendek untuk dikongsikan bersama pengikutnya di Instagram.

Pelakon itu menyifatkan ia sebagai hadiah paling istimewa sempena sambutan tahun baru 1 Muharam 1441 buat dirinya.

Hati tergerak untuk solat subuh di depan Kaabah dan tanpa fikir apa-apa teruslah meredah orang ramai untuk dapatkan saf di depan Kaabah.

Dengan kuasa Allah dan memang Allah nak tetapkan saya berada di tempat laluan iman untuk ke Kaabah. Dan apa yang menyentuh hati ialah Imam yang saya nanti-nantikan muncul di depan mata iaitu Sheikh Mahir al-Maquely.

Sudah lama minat

Ashraf berkata dia memang sudah meminati dan mengagumi Sheikh Mahir al-Maquely sejak dari dahulu kerana alunan surah yang dibacakan imam tersebut tidak pernah jemu untuk didengar.

Selalu dengar suara dia dalam handphone, dalam kereta mahupun di Masjidil Haram tapi tak pernah ternampak.. Lepastu yang bestnya dapat tengok sekali lagi muka dia betul-betul lepas solat Subuh.

Ya Allah bersihnya muka dia.. dahlah baca surah Al-Quran yang tak pernah jemu untuk didengar.

Nikmat dari Allah

Pelakon itu juga turut menyifatkan ia sebagai nikmat besar yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Kadang-kadang nikmat yang Allah nak bagi dekat kita sendiri tak tahu bila, bagaimana dan apa.

Jadi dekatkan diri pada Allah sungguh-sungguh dan pasti nikmat akan kita kecapi walaupun nampak simple je.. syukur… terima kasih Allah.

Ashraf  sebelum ini menunaikan fardu haji dan masih berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×