berita

Terima Mesej Misteri Sebelum Temui Semua Kru Kapal Mati. Kisah S.S Ourang Medan Ini Tak Ramai Tahu

October 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ramai tidak tahu mengenai misteri kapal laut S.S Ourang Medan yang telah berlaku pada sekitar tahun 1947. Malah, misteri kapal S.S Ourang Medan ini turut mendapat perhatian antarabangsa iaitu CIA. Tragedi ini sudah lama berlaku namun, baru diketahui dan didedahkan umum oleh seorang profesor Jerman pada tahun 1952. Bagaimanapun, kematian kesemua anak kapal itu terus menjadi tanda tanya.

Terima mesej radio misteri

Kredit foto: Historic Mysteries

Kisah misteri melibatkan beberapa buah kapal dari Eropah ini menjadi dipercayai berlaku pada Jun 1947. Misteri bermula apabila beberapa buah kapal yang berlayar di Selat Melaka menerima satu mesej radio, dipercayai disampaikan dalam bentuk kod Morse. Mesej misteri berkenaan yang diterima mempunyai dua bahagian termasuk melaporkan kesemua anak kapal terkorban dalam satu insiden.

Setelah menerima kod Morse ini, dua buah kapal milik Amerika yang bernama Silver Star dihantar untuk meninjau keadaan kapal tadi dengan bantuan dari pos-pos kapal British dan Belanda. Kemudian, Silver Star dipertanggungjawabkan untuk mendekati dan melihat situasi kapal yang menghantar mesej misteri itu.

Semua kru kapal mati

Kredit foto: Historic Mysteries

Beberapa jam kemudian, Silver Star mengenalpasti kapal berkenaan yang dikenali sebagai S.S Ourang Medan milik Belanda. Kapten Silver Star mengarahkan anak kapalnya untuk masuk ke dalam kapal S.S Ourang Medan setelah beberapa kali tidak disahut isyarat.

Ternyata, mesej yang diterima mereka itu adalah benar. Semua kru kapal dan anjing peliharaan mati. Rata-rata mangsa yang terkorban mati dalam keadaan mata terbeliak dan tangan menutupi muka.

Lebih memelikkan apabila kapal S.S Ourang Medan tidak didapati berlaku kerosakkan. Tetapi mayat-mayat yang terkorban hampir membusuk. Bagaimanapun, anak kapal Silver Star memutuskan untuk menunda terlebih dahulu kapal berkenaan.

Terbakar dan meletup di tengah laut

Kredit foto: Historic Mysteries

Di tengah lautan, mereka terlihat asap keluar dari ruang kargo dibawah kapal S.S Ourang Medan sebelum kapal tersebut terbakar dan meletup. Malangnya, mayat-mayat yang berada di dalam kapal tersebut gagal untuk dibawa pulang untuk menyiasat punca kematian kru S.S Ourang Medan.

Seorang profesor dari Jerman mendedahkan tragedi misteri ini kepada umum pada tahun 1952 melalui laporan Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Malah, dalam laporannya itu turut memasukkan beberapa deskripsi dari saksi yang melihat tragedi S.S Ourang Medan.

Laporan tersebut terus diperdebatkan dan menjadi hujahan apabila nama kapal iaitu S.S Ourang Medan didapati tiada dalam mana-mana rekod. Berbeza dengan Silver Star yang sering menjadi sebutan dan mempunyai rekod pendaftaran kapal.

Punca belum dikenalpasti

Kredit foto: Historic Mysteries

Menurut hujahan dari Professor Theodor Siersdorfer berkata S.S Ourang Medan itu wujud berdasarkan sebuah naskhah berbahasa Jerman pada 1947 yang nampaknya menjawab semua persoalan termasuklah kandungan kargo yang dibawa oleh kapal tersebut. Naskhah Das Totenschiffin der Südsee dakwa kargo itu mempunyai bahan terlarang dan bahaya seperti kalium sianida (potassium cyanide) dan nitrogliserin.

Terdahulu, insiden S.S Ourang medan sering diceritakan ramai dari sudut paranormal sedangkan punca kematian anak-anak kapal tersebut tidak dapat mengetahui punca sehingga hari ini.

Sumber: Thelaki.com, Historic Mysteries

SKIP THIS AD ×