berita

Terima Pelbagai Hadiah & Kos Bersalin Percuma, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hamil Di UK

February 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Menyambut kelahiran cahaya mata merupakan momen yang dinanti-nanti oleh setiap wanita yang bakal bergelar ibu. Oleh itu, para ibu yang akan bersalin perlu membuat perancangan awal dan memilih hospital mengikut kemampuan masing-masing.

Seperti kisah seorang wanita yang dikenali dengan nama Puan Ezzah berkongsi pengalaman kehamilannya sepanjang berada di United Kingdom.

‘Free je bersalin dekat UK’

Bayar insurans perubatan


Menurut perkongsian Ezzah Nor di Twitter, dia memaklumkan bahawa kos bersalin di hospital kerajaan di United Kingdom adalah percuma. Hal ini kerana, semasa membuat permohonan visa dahulu, dia dan suaminya telah membayar insurans perubatan dan National Health Service (NHS) berjumlah RM13,000 untuk tempoh dua tahun.

Jelasnya lagi, selepas berdaftar dengan NHS, dia akan diberikan satu nombor yang dikenali dengan nama Community Health Index Number (CHI). Nombor tersebut akan menyimpan segala maklumat dan data mengenai rekod kesihatan di dalam satu sistem.

Boleh pilih tempat bersalin

Bercerita lanjut mengenai itu, Ezzah memberitahu di UK, para ibu diberi tiga pilihan tempat bersalin sama ada di rumah, pusat kelahiran dan juga di hospital. Ezzah yang kini kandungannya sudah mencecah 8 bulan memaklumkan, dia telah memilih hospital sebagai tempat bersalin kerana kemudahannya jauh lebih lengkap.

Difahamkan, Ezzah juga ada berkongsi pengalaman kehamilan ini di akaun Youtube miliknya.

Jururawat UK baik, peramah

Apa yang paling menarik adalah mereka turut diberikan hadiah yang dipanggil sebagai ‘babybox’ dimana ianya terkandung keperluan dan kelengkapan bayi sampai mencecah usia enam bulan.

Sumber: Ezzah Nor

SKIP THIS AD ×