berita

Terima Semua Kekurangan, Lelaki Dipuji Nikahi Isteri Kerdil

March 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kalau dah jodoh tak ke mana, walaupun berbeza umur, pendapat dan latar belakang. Perkara tersebut tidak lagi jadi penghalang dalam sesebuah perhubungan asalkan masing-masing boleh menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Apa yang menarik perhatian, apabila satu video yang memaparkan pengantin perempuan yang bertubuh ‘kecil’ yang telah sah menjadi isteri kepada pasangan hidupnya. Memang comel!

Pengantin kecil

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video trending di laman TikTok, dikongsi oleh MissPika96 yang merupakan rakan kepada pengantin perempuan berkongsi foto-foto perkahwinan sepanjang majlis itu berlangsung. Walaupun kecil-kecil cili padi, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Yaya sudah berusia 27 tahun.

Bahkan, menerusi foto yang dikongsi tidak menunjukkan si suami kekok walaupun isterinya bertubuh kecil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui usia pengantin perempuan. Itulah, kalau dah jodoh tak ke mana. Tahniah!

Video penuh

@misspikah96Selamat pengantin baru yaya?#pengantan cili? cantik sngt2 pengantin ni????????? Saajanji ghar aaye – Agnesa Maharani

Tahniah!

Sumber: MissPika96

SKIP THIS AD ×