berita

Terimalah Saya Seadanya – Zara Zya

November 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jelajah Anugerah Skrin 2013-3

Bila sebut sahaja nama Zara Zya pasti ramai mengaitkan aktres kecil molek ini dengan drama popular Love You Mr Arrogant yang baru sahaja tamat tayangannya baru-baru ini.

Walaupun sudah sepuluh tahun berkecimpung di dalam dunia lakonan, namun baru tahun ini bakat yang ada di dalam dirinya mula dipandang oleh peminat.

Meskipun begitu Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui enggan dikenali dengan hanya satu watak sahaja.

Sekarang ni bila ada yang terserempak, mereka terus terfikir watak yang saya bawakan dalam Love You Mr Arrogant. Ada juga yang jumpa saya terkejut bila tengok saya tak pakai tudung. Saya tak nak macam tu. Peminat kena faham personaliti saya di dalam dan di luar lakonan.

Kalau boleh, saya nak orang ingat saya dengan drama-drama lain juga. Terimalah saya seadanya dengan pelbagai watak yang saya bawakan.

Jelajah Anugerah Skrin 2013-2

Selain daripada itu, Zara juga mengakui kontroversi yang melanda seseorang artis memang membahayakan lebih-lebih lagi jika ia mampu menimbulkan rasa benci di kalangan peminat.

Sama seperti kebanyakan selebriti lain, Zara juga tidak terkecuali daripada terpalit dengan kontroversi yang dikira agak mencabar perjalanan kerjaya seninya.

Sebelum ni orang cakap saya dapat tawaran berlakon drama popular ini sebab saya tidur dengan seseorang. Benda-benda macam ni sangat membahayakan sebenarnya. Kalau saya nak buat macam tu, kenapa baru sekarang? Tapi kita tak boleh tutup mulut orang. Selagi saya tak buat semua tu, saya tak perlu takut.

Zara berkata demikian sewaktu ditemui di majlis Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2013 di Damansara semalam. Bagi yang meminati pelakon berbakat besar ini, di bawah OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Zara untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×