berita

Terjun Dari Pentas Tak Disambut Penonton, Pelawak Mad Sabah Tanggung Malu – ‘Kena Jadi Lee Min-Ho Dulu’

October 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelawak Mad Sabah tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas Konsert Hausboom Music 2022, yang diadakan pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Salleh Ludah Di Atas Pentas, Netizen Rasa Jijik – ‘Nasib La Siapa Kena Tu’

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Bukan Sengaja Meludah, Didakwa Terkena Renjatan Elektrik

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Masalah Peribadi, Jangan Hentak Atas Pentas’ – Awie

Crowd surfing

@hanifazhari_ harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum . #hausboom #hausboommusic #matsabah #crowdsurf ? original sound – anakbintang

Menerusi hantaran di TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai @hanifazhari_ memuat naik video yang memaparkan momen malu yang terpaksa ditanggung Mad Sabah.

Dalam rakaman itu, Mad Sabah, 34, dilihat berlari dan terjun dari atas pentas seperti aksi penyanyi-penyanyi sebelum ini.

Namun, lain yang berlaku apabila ‘crowd surfing’ yang dilakukan Mad Sabah tidak disambut oleh ratusan pengunjung yang hadir.

Biarpun terpaksa menanggung malu, namun pemilik nama Achmad Rusli masih mampu untuk mengukir senyuman.

Berani lompat laju

Di ruangan komen, rata-rata warganet simpati dengan nasib Naib Juara Lawak Solo yang menanggung kesakitan.

Selain itu, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan berbahaya itu kerana boleh mengundang kecederaan pada tubuh badan.

Sebelum ini, media sosial menjadi kecoh selepas tular video penyanyi Noh Salleh sedang meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan.

Bagaimanapun, pengurus Noh menegaskan dakwaan penyanyi berumur 37 tahun itu meludah ke arah penonton tidak benar.

Sumber: TikTok @hanifazhari_

SKIP THIS AD ×