berita

Terkandas Di Itali, Warga Malaysia Kongsi Pengalaman Dibawa Keluar Negara Terjejas Teruk Covid-19

March 28th, 2020 | by faris
Kini Trending

Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan, bayangkan jika terkandas di negara asing di saat-saat getir ini. Seorang warga negara Malaysia, Ainu Elvira menceritakan pengalamannya diselamatkan kerajaan Malaysia setelah terkandas nun jauh di Itali ketika wabak Covid-19.

Penerbangan dibatalkan

Menurut Ainu menerusi Instastorynya, dia terkandas di Itali selepas penerbangannya ke Malaysia dibatalkan pada awal Mac lalu kerana Covid-19. Beberapa hari setelah cubaan terbang pulang tidak berjaya, dia menghubungi kedutaan Malaysia di Rom untuk memaklumkan keadaannya.

Dia kemudian dihubungi wakil kedutaan bertanyakan jika dia ada tempat tinggal dan keadaan keselamatan. Beberapa hari selepas itu dia dihubungi lagi dimaklumkan mengenai penghantaran pulang warga Malaysia diatur kerajaan. Dia mengatakan persetujuan dan akur dengan syarat kuarantin ditetapkan selama 14 hari.

Penerbangan diatur kedutaan

Wanita ini diberi update mengenai penerbangan balik bersama 2 lagi rakyat Malaysia. Mereka selepas itu ke Rom untuk menaiki penerbangan yang dijadual pada 23 Mac. Tidak lama sebelum dia keluar rumah, dia mendapat berita penerbangan mereka dibatalkan. Mereka diminta menunggu perkembangan terkini manakala orang lain yang sudah di Rom diberi penginapan sebelum penerbangan.

Tambah Ainu, mereka dilayan bak raja dengan hotel mewah dan kereta besar. Dia juga memuji kecekapan kerajaan mengendalikan kes sebegini.

Disambut mesra

Tiba sahaja di Malaysia, mereka disambut mesra petugas. Setiap seorang daripada petugas yang memakai sut hazmat mengucapkan selamat pulang kepada mereka mengundang sebak Ainu dan rakan-rakan.

Proses disinfektan

Setelah itu, mereka diarahkan ke satu khemah untuk menukar pakaian bagi tujuan penghapusan atau pembersihan. Kemudian, mereka menjalani ujian swab dalam keadaan berjaga-jaga dalam kalangan mereka.

Ainu juga menyatakan kekaguman untuk pemandu, kakitangan pembersihan, penghantar makanan yang akan lengkap berpakaian hazmat di kawasan kuarantin.

Hargai jasa abang polis

Untuk keselamatan, mereka dikawal ketat oleh anggota polis yang berada di setiap penjuru demi memastikan keselamatan terjamin.

Tak bayar sesen pun

Tambah Ainu, segala kos penerbangan dan penginapan sepanjang proses itu ditanggung sepenuhnya kerajaan. Ini kerana penerbangan balik tersebut dikategorikan sebagai misi bantuan kemanusiaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ainu juga sempat berkongsi berita gembira apabila kesemua 81 rakyat Malaysia dari Itali disahkan negatif Covid-19.

Sumber: Ainu Elvira

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.