berita

Terkejut Jumpa Gambar Dengan Kesan Cucukan Jarum Di Kubur

August 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Justin Anda

Walaupun dunia sekarang serba moden namun masih ada segelintir individu yang mempercayai sihir dan sanggup melakukan amalan syirik itu bagi menjatuhkan seseorang.

Artikel Berkaitan: Wanita Difitnah Sihir Anak Saudara Tampil Cerita Perkara Sebenar, Sebak Ahli Keluarga Sendiri Sanggup…

Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Dituduh Anak Sakit Sebab Kifarah, Tak Tahu Langsung ‘Ustaz’ Print Gambar Cucuk Jarum

Seperti satu hantaran seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Justin Anda berkongsi beberapa keping foto mangsa yang dipercayai menjadi mangsa sihir.

Gambar dijumpai di kubur

Foto: Justin Anda

Menerusi perkongsian itu, beberapa keping foto dengan kesan tusukan jarum pada wajah mangsa bersama satu kain berwarna merah dipercayai ditemui di sebuah tapak perkuburan. Lelaki itu pada masa yang sama, turut mendakwa gambar yang digunakan adalah bagi tujuan ‘santet’ atau bahasa yang lebih mudah faham iaitu ilmu hitam.

Salam Damai . Mohon maaf. Sekiranya ada sesiapa mengenali mangsa mangsa yang ada dalam gambar ini, tolong bagitau dengan mangsa atau keluarga mangsa atau jiran mangsa. Gambar ini di jumpai saudara saya pada hari ini 7 Ogos 2021 di dalam kuburan Antarabangsa Mosjaya Miri, sewaktu saudara saya membuat baik pulih kuburan makcik saudara saya. Ini adalah mangsa santet atau ilmu hitam.

Minta tolong kongsikan kepada orang lain

Foto: Justin Anda

Berbicara lebih lanjut, lelaki ini meminta mana-mana individu yang mengenali mangsa (tertera dalam foto) untuk menyampaikan berita ini kepada individu berkenaan.

Sekali lagi , Minta tolong sesiapa yang mengenali mangsa, tolong sampaikan khabar ini. Kasihan orang orang ini menjadi mangsa ilmu hitam.

Terima kasih. Ada sesiapa yang ingin share, silakan! Sama-sama kita membantu melepaskan mangsa ini daripada ilmu hitam. Kasihan mereka, semoga Tuhan melindungi kita daripada kejahatan manusia dan penyihir durjana Amin.

Sumber: Justin Anda

SKIP THIS AD ×