Seorang lelaki dipercayai memakai topeng muka telah melepaskan satu tembakan di Masjid Seven Kings, London semasa solat Terawih. Menurut laporan Metropolitan Police dan Mirror tembakan tersebut dilepaskan selepas jemaah menghalau suspek keluar dari masjid tersebut setelah terlihat lelaki berkenaan membawa bersama senjata api.
Tembakan dilepaskan ketika terawih
Police remain on High Road in Seven Kings following a firearm discharge. At this early stage, it is thought that the weapon was a blank firing handgun. There were no injuries or damage caused. The incident is not being treated as terrorism-related.
— Metropolitan Police (@metpoliceuk) May 9, 2019
Sebuah laporan yang dikeluarkan Metropolitan Police menyatakan pihak polis telah mengawal ketat kawasan Seven Kings Mosque sejurus terima laporan tentang tembakan tersebut. Polis London telah mengerahkan anggota bertugas untuk mengawal kawasan masjid tersebut yang terletak di High Road, Ilford sepanjang malam tadi.
Suspek sedang diburu
I am aware of the reports of a man with a firearm at Seven Kings Mosque during prayers tonight and am relieved that no one appears to have been hurt or injured. Thank you to @MPSRedbridge for a swift response. I will in touch with Police in the morning re: mosque security.
— Wes Streeting MP (@wesstreeting) May 9, 2019
Suspek melepaskan satu tembakan ketika diiring keluar dari masjid itu. Tambahan, pemeriksaan forensik mendapati pistol tersebut hanya mampu menembak peluru kosong.
Polis Metropolitan London melaporkan suspek berkenaan sedang diburu dan hingga kini masih tiada penahanan terhadap individu itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporan susulan tragedi tersebut.
Tiada kemalangan jiwa berlaku
— Ibbs Targaryen ? (@ibbycasanova_) May 9, 2019
Video yang sempat dirakam pengguna Twitter Ibbs Targaryen ini menyaksikan suasana cemas semasa beberapa buah kenderaan polis dan ambulans ke lokasi kejadian. Pihak berkuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dalam mengawal keadaan cemas di sana.
Update insiden tembakan oleh Mufti
Sebuah kenyataan yang dikeluarkan Mufti Suhail (Imam) di Masjid Seven Kings melaporkan suspek telah buat kecoh semasa solat Terawih. Suspek telah ditahan orang beberapa jemaah yang terlihat lelaki tersebut membawa senjata api dan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri. Motif asal serangan masih lagi disiasat pihak berkuasa.
Sumber: Mirror, Metropolitan Police