Pesawat Lion Air JT-610 dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam kira-kira 6.20 pagi tadi. Pesawat itu didakwa menuju ke destinasi Pangkal Pinang, Belitung bersama 181 penumpang dan 7 anak kapal.
Artikel berkaitan: [TERBARU] Disahkan Terhempas, Ini Jejak Terakhir Lion Air JT-610 Sebelum Hilang Dari Radar
Menurut laporan terkini dari BH Online mendakwa pesawat itu cuba berpatah balik ke ibu negara dan mendapat kebenaran dari pejabat kawalan trafik udara, namun terputus hubungan 13 minit selepas meninggalkan lapangan terbang itu.
Tumpahan minyak di lautan
[Video] Serpihan dan tompokan minyak di permukaan laut perairan Karawang, Indonesia, dipercayai milik pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas.
Video ihsan : Sutopo Purwo Nugroho pic.twitter.com/6zvMThpvWp
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 29, 2018
Menurut jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho memuatnaik sebuah video menyaksikan kesan tumpahan minyak pada permukaan lautan. Dapat juga dilihat gelongsor kecemasan, jaket keselamatan dan beberapa serpihan telefon bimbit mangsa.
Bagaimanapun, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) masih lagi giat aktif mengesan bangkai pesawat yang terputus hubungan itu.
Membuat pusingan ke selatan
Sementara itu, Web Flightradar memaklumkan pesawat itu cuba membuat pusingan ke selatan untuk berlepas dan menuju ke bahagian utara sebelum berakhir dan terhempas di Laut Jawa. Pesawat itu telah memohon kebenaran untuk berpatah balik ke pangkalan. Bagaimanapun, terputus hubungan 13 minit selepas mendapat kebenaran.
Pesawat itu memohon kebenaran untuk pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar.
Mayat ditemui
Sehingga jam kira-kira 3.30 petang, mayat pesawat Boeing 737 berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat itu terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat. Mayat ditemui oleh pasukan penyelamat BASARNAS, polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Menurut laporan Metro, mayat itu dalam proses mengenalpasti identitinya terlebih dahulu. Pihak penyelamat turut menemui pelbagai serpihan dan barangan peribadi pemilik penumpang termasuk beg tangan, kad pengenalan diri, telefon bimbit dan dokumen. Serpihan terbabit akan diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian.
Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui.
Misi menyelamat giat dijalankan
Saat ini tim SAR Basarnas melakukan penyelaman dikoordinat 05 derajat 90' 361" S – 107 derajat 06' 618" E untuk mencari pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang Jawa Barat. pic.twitter.com/XK0UiSKyfH
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di Perairan Karawang banyak ditemukan mengapung di permukaan laut. Kapal USV Fulmar menemukan serpihan berupa pelampung, HP dan lainnya. Basarnas dibantu Kementerian Perhubungan, TNI, Polri & relawan terus lakulan evakuasi. pic.twitter.com/A4wjeoE5tl
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Crisis Center Penanganan Jatuhnya Pesawat Lion Air JT 610.
Silakan menghubungi crisis center di nomor 021-80820000 dan untuk infomasi penumpang di nomor 021-80820002.
Corporate Communications Strategic of Lion Air, Danang Mandala Prihantoro +62 8788 033 3170 pic.twitter.com/wtUQxVytXt
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018