berita

[TERKINI] Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Dibuka Sehingga 6 September

September 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Terbaru, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz mengumumkan bahawa permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka sehingga 6 September ini.

Rayuan online sekali sahaja

Sehubungan itu, permohonan rayuan BSH ini boleh dibuat di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH), Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos sehingga 6 September 2020. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BSH dan rayuan secara atas talian hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Bagaimanapun pembayaran Fasa 3 BSH telah dibayar mulai 24 Julai secara pengkreditan terus ke akaun bank berdaftar. Bagi mereka yang tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini.

Dikredit terus ke akaun

Sebelum ini, seramai 4.18 juta penerima BSH telah menerima bayaran sebanyak RM2.7 bilion yang terus dikreditkan ke dalam akaun bank sendiri. Menurut Zafrul lagi permohonan ini dibuka bagi mereka yang tidak berjaya menerima BSH.

Dalam perkembangan lain, Zafrul juga menyatakan nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM78.14 bilion setakat 21 Ogos.

Sumber : Bernama

SKIP THIS AD ×