berita

Terlalu Berusia, Lelaki Rogol Wanita Tidak Ditahan Polis

November 21st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki di Korea berusia 80-an yang disyaki melakukan kesalahan merogol tidak ditahan polis atas sebab dia sudah sangat tua dan bukanlah seseorang yang berpotensi untuk melarikan diri.

Artikel Berkaitan: Bapa Rogol Anak Kandung Sampai Hamil Dua Kali

Artikel Berkaitan: Cabul & ‘Ratah’ 3 Anak Kandung Sampai Hamil 7 Bulan, Bapa Boleh Dipenjara 654 Tahun

Beri amaran kepada suspek

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The Straits Times, pada 2 Jun lalu, suspek didakwa telah menyerang seorang wanita yang juga berusia 80-an di apartmennya di Nonsan, Korea.

Anak lelaki mangsa yang melihat kejadian tersebut telah membuat laporan dan menyerahkannya kepada polis yang dipanggil ke tempat kejadian.

Walaupun begitu, polis tidak menahan suspek sebaliknya menghantarnya pulang selepas melakukan soal siasat di tempat kejadian.

Oleh kerana pihak polis telah mengambil kira umur suspek dan mereka sudah mengetahui tempat kediamannya, mereka telah memutuskan bahawa dia tidak menimbulkan ancaman untuk melarikan diri.

Menurut pihak polis, mereka meminta pendakwa raya mendakwa lelaki itu atas pertuduhan merogol menyebabkan kecederaan, tetapi tidak menahannya atau mengambil langkah lain selain memberi amaran kepadanya supaya tidak mendekati mangsa.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×