Momen gembira bertukar menjadi sedih apabila seorang lelaki berusia 54 tahun lemas selepas dia terjun ke Sungai Chakkarat untuk meraikan kemenangan pasukannya dalam perlumbaan bot panjang.
Artikel Berkaitan: Datuk & Cucu Ditemui Lemas Dalam Kolam
Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dipenjara 50 Tahun, Lemaskan Bayi Baru Lahir Dalam Tab Mandi
Terlalu gembira
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, mangsa dan juga pasukannya merangkul tempat pertama dalam sebuah pertandingan lumba bot.
Disebabkan terlalu gembira, mangsa melompat ke dalam sungai untuk meraikan kemenangan tersebut.
Menurut rakan-rakannya, mangsa terjun ke dalam sungai berhampiran tapak perlumbaan, yang sedalam lebih kurang 4 meter.
Ketika kejadian, rakan-rakannya cuba untuk menyelamatkkannya dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum memindahkannya ke Hospital Phimai, namun akhirnya dia meninggal dunia.
Sumber: Thaiger News