berita

Terlalu Seksi, Rihanna Digugurkan Jadi Duta Nivea

August 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

 Penyanyi wanita Hollywood, Rihanna, 24 yang sebelum ini terkenal dengan lagu “Umbrella” dikhabarkan telah digugurkan daripada menjadi duta produk Nivea.

Menerusi salah sebuah pihak media Jerman Welt, Rihanna digugurkan daripada menjadi duta Nivea kerana kini penampilannya “terlalu seksi” dan ia tidak sesuai untuk produk Nivea.  Menerusi CEO baru Nivea sendiri, Stefan Heidenreich, beliau mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi “Rihanna tidak boleh diteruskan lagi”.

Disamping itu, Stefan Heidenreich turut mengeluarkan kenyataan bahawa, beliau sendiri tidak memahami bagaimana untuk membawa jenama teras Nivea bersempena dengan pemilihan Rihanna sebagai duta. Sedangkan Rihanna merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan pembawakan persembahan yang menggoda dan menjalani gaya hidup yang terlalu sosial dan suka berpesta. Imej sebegini tidak sesuai untuk produk Nivea.

Menurut Stefan Heidenreich, Nivea merupakan produk yang digunakan untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, oleh itu dengan pembawakan imej Rihanna yang terlalu seksi membuatkan ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai duta produk ini.

Rihanna telah dipilih menjadi duta Nivea sejak tahun 2011 yang lalu sempena kempen Nivea yang berusia 100 tahun. Kini penyanyi pop ini dikatakan sedang berehat daripada aktiviti seninya dan beliau bakal dijadualkan tampil di rancangan bual bicara Oprah’s Next Chapter pada tanggal 19 Ogos nanti. Selain itu, beliau turut tercalon sebagai “top 5” di acara MTV’s Video Music Awards pada 6 September akan datang.

SKIP THIS AD ×