Cemas kerana terlambat ke majlis perkahwinannya sendiri, seorang pengantin lelaki di Swindon, England mengambil keputusan untuk memandu melebihi had laju.
Artikel Berkaitan:Mak Pengantin Tak Nak Majlis Kahwin ‘Simple’, Desak Anak Untuk Panggil 1000 Tetamu
Ditahan pihak polis
Gambar sekadar hiasan
Memetik portal Metro.UK, lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis BMW ditahan selepas didapati memandu melebih had laju pada kelajuan 121 kilometer/jam (kmj) melebih 51 km kmj had laju yang dibenarkan.
Bukan sahaja memandu melebihi had laju, lelaki berkenaan juga difahamkan memandu dalam keadaan merbahaya dalam keadaan tayar keretanya botak.
Susulan itu, lelaki tersebut terpaksa menghadiri majlis perkahwinannya itu dengan dibawa oleh kenderaan peronda polis.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada dia berjaya untuk hadir ke majlis perkahwinannya itu tepat pada waktu ataupun tidak.
Sumber: Metro UK