berita

Terpaksa Patah Balik, Enjin Pesawat Lion Air Terbakar

October 27th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pesawat Lion Air JT330 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebaik sahaja berlepas akibat berlaku kebakaran di bahagian enjin.

Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas Di Cameron Highlands, Semua Penumpang Selamat

Artikel Berkaitan: Penumpang Bertumbuk Dengan Kru Pesawat, Penerbangan Turkish Airlines Terpaksa Mendarat Cemas

Bawa 169 penumpang, 6 anak kapal

Difahamkan, pesawat yang membawa seramai 169 orang penumpang dan enam anak kapal itu berlepas pada jam 5.14 petang waktu tempatan pada Rabu.

Dalam pada itu, pesawat yang menuju ke Palembang di wilayah Sumatera Selatan berkenaan terpaksa berpatah balik 32 minit sejurus berlepas dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Menurut laporan, juruterbang bertugas mendapati operasi salah satu komponen kapal terbang berkenaan tidak berfungsi pada ketinggian 3,000 kaki semasa penerbangan.

Berikutan itu, jurucakap Polis Metropolitan Jakarta, Endra Zulpan, memaklumkan pesawat terbabit mengalami masalah pada enjin di bahagian kiri pesawat, lapor portal berita tempatan.

Turut disahkan, kesemua penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas semula pada 7.40 malam waktu tempatan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×