berita

Terpalit Isu Penyalahgunaan Dadah, Niezam Zaidi Tampil Mohon Maaf, Akui Enggan Beri Sebarang Komen

October 13th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui, pelakon Niezam Zaidi bersama pengarah Mohd Latiff Zami dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail telah ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Mereka bertiga masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine.

Artikel Berkaitan: Teka Teki Akhirnya Terjawab! Niezam Zaidi, Pengarah & Penolong Pengarah Mengaku Miliki Dadah

Artikel Berkaitan: Rimas Dituduh Terlibat Kes Penyalahgunaan Dadah, Syafie Naswip ‘Deactivate’ Instagram – ‘Harap Niezam Zaidi Dapat Bersihkan Nama Saya’

Berikutan daripada itu, Niezam Zaidi telah tampil memohon maaf kepada semua atas kesalahan yang dilakukannya.

‘Saya minta maaf jika ada salah dan silap’

Niezam Zaidi menerusi akaun Instagram peribadinya ada memuat naik satu video nyanyian Admesh berjudul ‘Jangan Pernah Menyerah’ sementara di ruangan kapsyen dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen daripada orang ramai termasuk pihak media.

Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua, saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, whatsapp, call dan sebagainya.

Dalam kesempatan itu, dia juga meluahkan rasa syukur kerana masih ramai individu yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat dirinya. Niezam Zaidi bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut tentang kes yang melibatkan dirinya malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH di atas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini,semoga ALLAH merahmati kalian.

Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin.

Niezam Zaidi mohon maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Kata-kata semangat rakan artis

Sumber: Niezam Zaidi

SKIP THIS AD ×