Selepas menjadi ‘mangsa netizen’ berikutan kes penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, pelakon Syafie Naswip memilih untuk menyahaktifkan akaun Instagram (IG) miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Saya Yang Positif Dadah & Ditahan’ – Syafie Naswip
Artikel Berkaitan: Teka Teki Akhirnya Terjawab! Niezam Zaidi, Pengarah & Penolong Pengarah Mengaku Miliki Dadah
Rehat dari media sosial
Ketika dihubungi OhBulan!, pengurus Syafie iaitu Sapawi menyatakan pemilik nama Mohd Shafie Naswip memilih untuk berehat dari media sosial.
Katanya, Syafie, 29, masih diganggu dengan mesej-mesej daripada individu yang sengaja mengaitkan namanya dengan kes jenayah tersebut.
Syafie ingin berehat sebentar dari media sosial kerana masih ramai netizen yang menghantar kiriman mesej (DM) di Instagram tentang kes penyalahgunaan dadah yang tidak ada kaitan langsung dengannya.
Selain itu, Syafie ingin memberi tumpuan kepada penggambarannya yang akan bermula 14 Oktober ini.
Harap dapat bersihkan nama saya
Sebelum bertindak ‘menghilangkan diri’, pelakon drama Kamar Kamariah sempat memuat naik sebuah hantaran yang meminta pelakon Niezam Zaidi untuk tampil membersihkan namanya.
Akuinya, dia tidak selesa apabila nama baiknya terpalit dengan kontroversi panas seperti itu.
Sebelum ini, beberapa portal melaporkan pelakon lelaki, pengarah dan penolong pengarah ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Hari ini, pelakon Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28, pengarah, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.
Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Muhamad Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan ke atas Saiful Zaidrin, ia dibaca mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Instagram @syafienaswip