berita

Terpisah Dengan Bapa Sejak Kecil, Siapa Sangka Lelaki Gelandangan Ini Rupanya…

February 27th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang jurugambar tidak menyangka hobi mengambil gambar gelandangan akhirnya menemukan dia dengan si bapa yang telah lama terpisah. Diana Kim yang berdarah Amerika-Korea mula berminat dengan hobi itu sejak zaman universiti.

Dia yang kini berusia 30 tahun terpisah dengan bapanya sejak kedua orang tuanya itu bercerai ketika dia baru berusia 5 tahun.

Ambil gambar gelandangan zaman kolej

Diana membesar dalam kepayahan apabila ibu bapanya itu bercerai dan bapanya terus menghilangkan diri. Dia kadangkala tinggal bersama saudara-mara dan rakan-rakan, malahan mereka dua beranak pernah tinggal di taman dan di dalam kereta.

Saya anggap kesusahan yang saya tempuhi sebelum ini sebagai pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Daya juang saya untuk teruskan hidup sangat tinggi.

Selepas menjadi penuntut kolej pada 2003, Diana mula mengambil gambar golongan gelandangan atas dasar minat. Malahan, setelah 10 tahun, dia menjadi jurugambar berjaya subjek itu kekal menjadi kegemarannya.

Detik pertemuan

Ketika satu sesi photoshoot di Honolulu, Hawaii pada 2012, Kim terpandang bapanya di suatu sudut jalan. Terpisah sejak Diana berusia 5 tahun, lelaki itu tidak mengecam anak sendiri namun Diana kenal bapanya hanya dengan sekali pandang.

Masih ragu-ragu, Diana berjalan menuju ke arah bapanya walaupun tidak pasti mengapa dia begitu teruja ketika itu. Kata Kim, bapanya itu banyak berubah dari segi fizikal dan tidak terurus.

Bapa saya sangat kurus berbanding sebelumnya. Rupanya dia menghidap skizofrenia. Saya berjalan menujunya dan memanggilnya ‘ayah’. Dia tidak menyahut panggilan saya mahupun berpaling. Saya berdiri di depannya cuba untuk menarik perhatiannya, supaya dia boleh kenal saya.

Derita skizofrenia

Gara-gara skizofrenia tidak dirawat, lelaki itu tidak bertindakbalas terhadap apa-apa di sekelilingnya dan kerapkali bergaduh dengan orang. Malahan dia juga menolak untuk dibawa rawatan oleh anaknya yang telah cuba memujuk berkali-kali.

Ketika itu, seorang wanita datang ke arah saya dan meminta saya mengabaikan ayah kerana dia sudah biasa berdiri sebegitu. Saya rasa mahu maki wanita tu kerana saya rasa apa yang dia katakan itu kejam. Lelaki itu ayah saya tapi wanita berkenaan tak faham.

Diserang penyakit jantung

Pada suatu hari, Diana menerima berita ayahnya itu mengalami serangan jantung dan dibawa ke hospital. Diana gembira kerana akhirnya si ayah akan menerima rawatan.

Apa yang menggembirakan, lelaki itu semakin pulih setelah rawatan. Dia kini banyak berkawan dan mencari kerja serta mempunyai pendapatan sendiri.

Sumber: Goodtimes

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×