berita

Lagi Kes Terpotong Kepala Kemaluan, Nasib Budak 11 Tahun Diketahui Esok

December 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Baru-baru ini seorang remaja memfailkan saman ke atas pembantu perubatan, doktor dan kerajaan kerana kemaluannya terpotong ketika berkhatan, 8 tahun lalu. Akibat kejadian itu, remaja terbabit mengalami kecacatan kekal sehingga kini.

Dalam satu kes berasingan, seorang kanak-kanak turut mengalami nasib serupa dalam satu kejadian di Shah Alam, Selangor, 8 Disember lalu.

Maklumkan berlaku pendarahan

Insiden malang dalam majlis berkhatan beramai-ramai itu menyebabkan kanak-kanak terbabit dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) . Dia menjalani pembedahan bagi menyambung semula bahagian kepala kemaluannya yang terpotong.

Menurut Harian Metro, setakat ini nasib kanak-kanak terbabit tidak diketahui sehingga esok. Jika gagal, doktor perlu menjalankan pembedahan plastik untuk menggantikan bahagian terpotong.

Ibu kanak-kanak terbabit, Rohani (bukan nama sebenar), berkata, pegawai perubatan yang mengkhatankan anaknya tidak memberitahu apa sebenarnya berlaku, tetapi memaklumkan anaknya perlu ke HKL kerana menjalami pendarahan.

Bagaimanapun, di HKL, doktor memaklumkan bahagian kepala alat sulit anak putus akibat ‘terlebih potong’ menyebabkan anak saya perlu menjalani pembedahan.

Tak tolak ambil tindakan undang-undang

Menurut Rohani lagi, anaknya mengatakan rasa menyesal kerana berkhatan dan seperti tidak boleh menerima hakikat atas apa yang menimpanya.

Anak beritahu saya dia menyesal berkhatan, seolah-olah tidak dapat terima hakikat. Perkara ini memberikan kesan mendalam apabila dewasa kelak.

Kami juga bimbang pelajarannya terganggu disebabkan kejadian ini kerana dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan.

Ujar ibu 4 anak ini lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan pembelaan bagi anaknya itu.

Tindakan itu mungkin tidak dapat mengembalikan keadaan kemaluan anak seperti sedia kala. Sekurang-kurangnya memberi pembelaan kepada anak, selain memberikan pengajaran kepada individu yang cuai.

Pihak HKL bagaimanapun setakat ini tidak dapat dihubungi untuk kenyataan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×