Sebelum ini, pelakon, Puteri Sarah berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.
Artikel berkaitan: ‘Baru 5 tahun, Tapi Matang & Sayang Adik’ – Puteri Sarah Syukur Anak Sulung Ringan Tulang
Terbaru, Puteri Sarah memberitahu bahawa anak sulungnya itu pandai memujuk dan menenangkan adiknya selepas menangis. Terbaik!
Penat juga nak jaga dua anak
Sebagai wanita dan ibu, Sarah tidak menafikan menjaga dua anak pada waktu yang sama bukanlah perkara yang mudah. Ujarnya, ada kalanya dia perlu memarahi anak-anak agar mereka menjadi seorang yang berdisplin. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, Sarah memberitahu anak keduanya, Sumayyah baru sahaja menangis selepas kena teguran.
Namun begitu, hati Sarah tersentuh apabila melihat Syaikhul cuba untuk memujuk adiknya agar tidak menangis. Tambah Sarah, dia sangat menyayangi kedua-dua anaknya itu lebih daripada dirinya sendiri.
Siapa kata tak letih. Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga 2 kids yang hyper active. Kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab sarah tak nak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok. Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama. Abanglah pengubat hati adik, abanglah yang pujuk adik. Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi & akhlak anak-anak dari kecil. I love u both more than i love myself.
Sumber: Puteri Sarah Liyana